Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rampas EgyptAir demi isteri, anak

11:05am 31/03/2016 Pak Roshan 1811 views Global
Seif al-Din Mohamed Mostafa membuat lambang V dengan tangannya yang bergari ketika dibawa meninggalkan mahkamah hari ini.

Seif al-Din Mohamed Mostafa membuat lambang V dengan tangannya yang bergari ketika dibawa meninggalkan mahkamah hari ini.

Larnaca, Cyprus: Lelaki yang merampas pesawat EgyptAir semalam, memberitahu polis dia bertindak demikian kerana mahu berjumpa isteri dan anak-anaknya.

Lelaki yang dikenali sebagai Seif Eldin Mustafa, 59, menyerah diri selepas merampas pesawat penerbangan domestik dari Iskandariah ke Kaherah bersma 72 penumpang dan anak kapal selama enam jam dengan mendakwa memakai tali pinggang berisi bahan letupan.

Mahkamah di Larnaca hari ini, membenarkan lelaki itu ditahan reman lapan hari untuk siasatan kerana merampas, menculik, mengancam melakukan keganasan, kesalahan berkaitan pengganas dan memiliki bahan letupan.

Selepas merampas pesawat itu dan mengarahkannya mendarat di Larnaca, dia menuntut pembebasan seorang tahanan wanita dari penjara serta isterinya dibawa berjumpanya.

“Apabila seseorang tidak berjumpa keluarganya selama 24 tahun dan mahu berjumpa isteri serta anak tetapi kerajaan Mesir tidak membenarkan, apa yang perlu dilakukan,” katanya kepada polis Cyprus. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan