Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,665

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rampas dadah RM1.3b

11:28am 15/06/2016 Pak Roshan 9 views Global

dadah

Auckland: Polis New Zealand semalam merampas 494 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine selepas mendapat maklumat daripada penduduk di kawasan tepi pantai mengenai sekumpulan lelaki berkelakuan mencurigakan.

Kebanyakan dadah itu yang dianggarkan bernilai NZ$448 juta (RM1.3 bilion) ditemui di belakang sebuah karavan Ahad lalu selepas polis menyelongkar sebuah kereta dan sebuah bot terbiar di Mile Beach, 400 kilometer ke utara Auckland.

Catatan pada peranti GPS yang dijumpai di dalam kereta berkenaan membolehkan sejumlah kecil lagi dadah itu ditemui di dalam pasir di pantai itu kelmarin.

Penemuan itu mengatasi jumlah 334kg dadah yang dirampas di negara itu sepanjang tahun lalu.

“Ini adalah rampasan dadah terbesar di New Zealand,” kata Ketua Polis Northland, Russell Le Prou.

Penduduk di kawasan itu menghubungi polis selepas beberapa lelaki yang tidak dikenali menawarkan sejumlah besar wang untuk membantu mereka menghidupkan bot.

Mereka dilaporkan ‘berkelakuan mencurigakan’ di kawasan itu sejak dua minggu lalu. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan