Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ramos sah milik Sabah

PEMAIN import Sabah, Ramos (tengah) menandatangani kontrak selama setahun sambil disaksikan Lawrence (kanan) dan Juil. – Foto Ryan Stanley

 

KOTA KINABALU: Penyerang Puerto Rico, Hector Ramos sah beraksi bersama Sabah dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), di sini, hari ini.

Ramos, 28, menandatangani kontrak setahun dengan SAFA dalam satu majlis ringkas di pejabat persatuan itu yang turut dihadiri Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang dan pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim.

“Saya gembira menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Saya harap mampu membantu pasukan seterusnya memberi kegembiraan kepada penyokong .

“Sudah pasti saya mahu menjaringkan gol di sini kerana sebab itulah Sabah membawa saya ke sini,” katanya selepas majlis itu.

Penyerang itu sebelum ini beraksi bersama Puerto Rico FC di Liga Bola Sepak Amerika Utara (NASL) dari tahun 2016 hingga 2017 dan berjaya membantu pasukan berkenaan beraksi dalam Piala Copa Luis Villarejo.

Kehadiran penyerang yang memiliki ketinggian 1.91 meter itu menyaksikan Sabah melengkapkan kuota pemain import selepas Jelius Ating mengekalkan dua pemain dari Korea Selatan yang beraksi bersama pasukan itu musim lalu iaitu Lee Gil Hoon dan Heo Jaen Yong.

Pertahanan dari Croatia, Igor Cerina juga sudah kembali ke pangkuan pasukan selepas berehat panjang pada musim lalu akibat kecederaan dengan pemain berkenaan masih memiliki baki kontrak sehingga hujung musim ini.

Sementara itu, Juil berharap kehadiran Ramos mampu memberi impak kepada jentera serangan Sabah.

“Saya gembira dengan semangat ditunjukkan Ramos, dia bertekad untuk menggembirakan penyokong kita musim ini dan inilah yang kita harapkan,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan