Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ramlee: Manfaatkan bantuan BR1M

12:14pm 31/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Tempatan
Ramlee (kiri) menyampaikan Bantuan BR1M 2016 kepada penerima dari daerah Semporna.

Ramlee (kiri) menyampaikan Bantuan BR1M 2016 kepada penerima dari daerah Semporna.

SEMPORNA- Rakyat harus sedar bahawa usaha pembangunan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berterusan datang kepada mereka dalam pelbagai bentuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban berkata usaha pembangunan kerajaan tidak hanya datang kepada rakyat dalam bentuk pembinaan kemudahan infrastruktur, perhubungan dan kemudahan asas namun juga datang dalam bentuk pemberian bantuan kebajikan.

“Contohnya, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2016 untuk golongan muda. Ia merupakan salah satu daripada usaha pembangunan kerajaan dalam bentuk bantuan kebajikan.

“Sudah tentunya pihak pembangkang akan mempersoalkan usaha ini. Namun begitu saya yakin bahawa rakyat lebih mengetahui sumbangan yang diberikan oleh kerajaan terhadap mereka berbanding dengan dakwaan pihak tersebut,” katanya.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan berharap agar rakyat terutama sekali dalam kawasan Bugaya agar menghargai segala usaha pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN demi pembangunan hidup mereka selepas ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap Penyampaian Baucer BRIM 2016 di Dewan Masyarakat Semporna dimana seramai 820 penduduk daerah itu menerima baucer BR1M 2016.

Menurutnya, kerajaan BN tidak mempunyai sebarang masalah untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sekiranya rakyat terus berdiri teguh di belakang kerajaan pemerintah.

“Sokongan berterusan yang kita mahukan daripada rakyat supaya kerajaan dapat terus merangka serta melaksanakan pelan pembangunan di semua kawasan dalam daerah Semporna.

Turut hadir Pegawai Daerah Semporna Dr. Hj. Chacho Hj. Bulah, wakil Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Abu Bakar Abidin, pegawai daripada persekutuan dan negeri serta pemimpin masyarakat.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan