Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ramai Tawar Diri Untuk Jadi Isteri Abang Donat 10 Sen

9:48am 08/12/2015 Pak Roshan 198 views Aktiviti,Mutakhir

donat-10sen-02

Muhammad Waliuddin yang memeluk Islam pada 2011 berkata, idea menjual donat dengan harga semurah itu tercetus selepas melihat kesukaran orang ramai memilih kuih kegemaran akibat faktor harga.

“Hasil pemerhatian saya ketika membeli kuih, orang ramai sukar membuat pilihan apabila terpaksa mengambil kira harga setiap jenis kuih yang ingin dibeli. Justeru, saya mahu mereka menikmati kuih tanpa terlalu memikirkan harga”

Muhammad Waliuddin yang ditemui di rumahnya di Flat Taman Maluri, Cheras, di sini, hanya memperoleh untung RM40 untuk 1,000 biji donat yang terjual, walaupun dia boleh menjual dengan harga lebih daripada 10 sen untuk sebiji donat dijualnya.

Anak muda yang memiliki diploma dalam bidang penerbangan itu sepatutnya menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi pada September 2013.

Bagaimanapun, dia gagal mendapat pinjaman pendidikan menyebabkan impiannya menyambung pengajian hanya tinggal angan-angan.

Selain donat 10 sen dihasilkan semakin laris, kesan ‘viral’ menyebabkan dirinya juga laris selepas ada wanita mempelawanya berkahwin atau menjadi teman wanita, malah ada ibu bapa yang mahu menjadikannya sebagai menantu mereka.

“Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya ‘viral’ di FB. Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya. Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini,” katanya yang ingin fokus terhadap perniagaannya.

-MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan