Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ramai Muslim muda

muslim

Beijing: Walaupun diperintah Parti Komunis yang tidak mempercayai Tuhan, Islam masih mempunyai ramai penganut di China, terutama dalam kalangan generasi muda, menurut laporan dikeluarkan kelmarin.

Laporan itu mendakwa Islam mempunyai paling ramai penganut di bawah usia 30 tahun berbanding agama lain.

Di China, hanya lima agama diiktiraf iaitu Buddha, Katolik, Taoisme, Protestan dan Islam.

Hasil kaji selidik tahunan mengenai agama di negara itu menunjukkan penganut muda Islam paling tinggi iaitu 22.4 peratus.

Kaji selidik itu dilakukan Pusat Kaji Selidik di Universiti Renmin, Beijing.

Profesor pengajian Buddha di Jabatan Falsafah universiti itu, Wei Dedong yang terbabit dalam kajian itu berkata: “Rata-rata penganut Islam lebih ramai yang muda.

“Kebanyakan Muslim dari golongan etnik minoriti dan menjadi perkara biasa untuk wanita mereka melahirkan ramai anak.

“Anak berkenaan juga sudah pasti beragama Islam. Sebaliknya, jarang kita melihat orang dewasa memeluk Islam.”

Katanya, selepas penganut Islam, 22 peratus rakyat negara itu berusia bawah 30 tahun menganut Katolik.

Fahaman yang diamalkan secara tradisi oleh orang China seperti Buddha dan Taoisme masih popular dalam kalangan penduduk khususnya berusia 60 ke atas.

Penganut Buddha paling ramai daripada lima agama berkenaan.

Kerajaan tempatan di wilayah Xinjiang yang majoriti penduduknya Muslim, menyekat kakitangan kerajaan, guru dan kanak-kanak berpuasa ketika Ramadan.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan