Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ramadan eratkan permuafakatan semua pihak

Ahli Puteri menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan oku.
Ahli Puteri menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan oku.

PUTATAN – Penglibatan pelbagai pihak dalam menghidupkan suasana Ramadan membuktikan kemakmuran negara pada hari ini adalah hasil pemuafakatan semua pihak.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Putatan, Dahlia Mohd. Zain berkata, ia juga secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat sesama kaum di negeri ini selain memberi kegembiraan kepada penerimanya.

“Penganjuran program berbentuk kemasyarakatan yang diadakan dalam bulan mulia ini juga bertujuan menyedarkan generasi muda agar sentiasa mengingati dan membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika ditemui dalam program Jelajah Kasih Ramadan di sekitar Parlimen Putatan, di sini semalam.

Jelas beliau, sebanyak 1,000 bungkusan bubur lambuk telah diagih-agihkan di bazaar Ramadan Putatan dan Sembulan kepada pembeli dan pengunjung yang dalam membeli juadah berbuka puasa.

Sementara itu 50 penerima sumbangan di beberapa buah Kampung Tanjong Aru turut menjadi tumpuan Puteri UMNO Putatan untuk turun padang mendekati rakyat di peringkat akar umbi khusus wanita muda.

Menurut Dahlia, objektif program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang lebih memerlukan dan meneruskan budaya tolong menolong sesama masyarakat setempat.

“Jelajah Kasih Ramadan ini memberi fokus kepada bantuan untuk golongan kurang berkemampuan dan sempena bulan mulia ini, kita turut menyerahkan bantuan kepada kaum lain. Ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara kaum selain memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang menerimanya.

”Program ini bertujuan menyedarkan generasi muda agar sentiasa mengingati warga emas dan mereka yang kurang kemampuan. Penglibatan pelbagai pihak dalam menghidupkan suasana Ramadan membuktikan kemakmuran negara pada hari ini adalah hasil pemuafakatan semua pihak,” jelasnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan