Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rali Dakar: Kematian Penunggang Poland Selubungi Saingan

dakar

CHILECITO, ARGENTINA – Perlumbaan Rali Dakar berkabung buat seketika hari ini selepas penunggang Poland, Michal Hernik maut ketika saingan peringkat ketiga membabitkan laluan dari San Juan ke Chilecito.

Hernik, 39, ditemui mati beberapa ratus meter dari litar selepas helikopter dikerah untuk mencarinya selepas dia tidak muncul di garisan penamat dan alat pengesannya berhenti menghantar isyarat.

Insiden itu adalah kematian kelima sejak rali berkenaan beralih ke Amerika Selatan atas faktor keselamatan di Gurun Sahara dan ke-24 sejak acara itu dimulakan pada 1979.

Sebelum itu, Orlando Terranova mengekalkan rentak kemenangan pasukan Mini apabila memenangi peringkat kedua dan kini meniti di tangga ketiga keseluruhan bagi kategori kereta yang dikuasai rakan sepasukan, Nasser Al-Attiyah.

Bagi kategori motosikal, penunggang Austria, Matthias Walkner membuat kejutan apabila meraih kemenangan sulung dalam saingan Rali Dakar dengan mengatasi rakan sepasukan KTM dan juara bertahan, Marc Coma dan pendahulu keseluruhan, Joan Barreda Bort dari Sepanyol.

Selepas terbabas pada penghujung saingan semalam, Terranova bangkit ketika beraksi cemerlang pada bahagian kedua peringkat khas membabitkan perjalanan sejauh 542 kilometer.

Al-Attiyah, juara 2011 dan pemenang saingan semalam, menduduki tempat kelima hari ini termasuk peringkat khas sejauh 284 kilometer.

Selain itu, peserta Afrika Selatan, Giniel de Villiers, meraih penyudah podium ketiga mengatasi sebuah lagi kereta Toyota yang dipandu Alrahji Zayed dari Arab Saudi untuk kedua keseluruhan.

Terranova ketinggalan dua minit di belakang de Villiers, pemenang 2009 dan ketinggalan lebih empat minit di belakang peserta Qatar, Al-Attiyah dalam kedudukan keseluruhan manakala pemandu Sepanyol, Carlos Sainz, keempat. – AFP

Komen


Berita Berkaitan