Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat tempatan, asing ditangkap dalam serbuan judi `wah hui’

riddle_M

KENINGAU – Sepuluh lelaki terdiri dari empat rakyat tempatan dan enam warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi `wah hui’ di sebuat premis dalam serbuan oleh anggota cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, kesemua suspek ditangkap dalam serbuan itu dan reman sehingga 31 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

“Polis turut merampas alat yang dipercayai digunakan dalam kegiatan judi itu seperti sebuah buku nota cacatan pendapatan harian, tiga buah buku kecil catatan angka dipercayai pertaruhan wah hui, empat keping master sheet tercatat angka wah hui, lapan keping kertas pantun wah hui dan sebuah mesin faksimili jenama HP serta wang kertas bernilai RM12,296,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sini hari ini.

Sementara itu, di Tambunan, polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Keningau menahan seorang wanita tempatan berumur 44 tahun di sebuah kedai Runcit pada hari yang sama kira-kira pukul 4 petang kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan judi haram empat digit.

Douglas memberitahu, wanita berkenaan ditahan dalam satu serbuan Ops Dadu (4D – Haram) di sebuah kedai runcit di salah sebuah kampung di Tambunan dan merampas alat yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan