Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat sokong parti, bukan ikut pemimpin masuk pembangkang

MASIDI Manjun (tengah) bersama Pengarah Urusan Natural History Publications (Borneo), Datuk CL Chan (kanan) dan penulis buku Finding Jesselton, George Jessel melihat buku yang dilancarkan ketika majlis pelancaran di Hotel Hyatt. – Foto Khairull Azry Bidin

 

KOTA KINABALU: Penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mungkin membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya berdasarkan mana-mana pemimpin yang meninggalkan parti dan menyertai pembangkang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata di sebalik ada pemimpin menyertai pembangkang, ia sebenarnya tidak menjejaskan peluang BN untuk menang pada PRU-14 kerana pada akhirnya rakyat memilih berdasarkan parti yang mampu berkhidmat kepada mereka. 

“Memang ada segelintir bekas ahli UMNO dalam WARISAN (Parti Warisan Sabah), namun saya tidak fikir itu bermakna orang yang menyokong mereka sebelum ini akan terus mengundi ahli individu yang keluar (BN) untuk sertai WARISAN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan program pelancaran buku mengenai sejarah Sabah ditulis oleh George Jessel.

George adalah cicit kepada Sir Charles James Jessel, iaitu Naib Pengerusi British North Borneo Company (BNBC) antara tahun 1903 hingga 1909.

Mengulas lanjut, Masidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Ranau, berkata beliau yakin BN masih berpeluang menang pada PRU-14.

Katanya, pengundi berhak mengundi sesiapa sahaja yang mereka pilih, namun yakin rakyat negeri ini cukup matang untuk mengetahui siapa yang perlu diundi.

Sebelum ini, pembangkang khususnya WARISAN mendakwa ramai bekas pemimpin serta ahli UMNO dan parti komponen BN, terutama di peringkat bahagian menyertai mereka menjelang PRU-14. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan