Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rakyat Sarawak lebih memahami bentuk kerajaan yang mereka inginkan

9:40pm 02/05/2016 Leolerry Lajius 46 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (tengah) bersama calon Barisan Nasional N6 Tupong Fazrrudin Abdul Rahman ketika turun padang bersama penduduk di Kampung Sejijik.

Musa (tengah) bersama calon Barisan Nasional N6 Tupong Fazrrudin Abdul Rahman ketika turun padang bersama penduduk di Kampung Sejijak.

SARAWAK: “Saya yakin rakyat Sarawak lebih memahami apa keutamaan dan bentuk Kerajaan yang mereka inginkan.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, sempena program Sejenak Bersama Pemimpin di Kampung Sejijak N6 DUN Tupong, di sini, hari ini.
“Sebagai pemimpin negeri jiran, saya berharap para pemilih di Sarawak dapat mengambil iktibar daripada sejarah masa lalu politik di Sabah.”

“Ketidakstabilan politik dan Kerajaan silih berganti merupakan punca negeri Sabah pernah ketinggalan jauh dalam aspek pembangunan dan kemajuan ekonomi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia termasuklah negeri jiran iaitu Sarawak,’katanya.

Musa turut menyatakan, Sabah kini berada di landasan sebenar serta pendapatan negeri juga sedang pesat membangun kerana kerjasama para pemimpin dan rakyat melalui formula Barisan Nasional (BN) yang telah membawa kestabilan dan kemakmuran.

“Sehubungan itu, pilihan raya negeri ini sangat penting untuk rakyat Sarawak dan ia bukan suatu eksperimen atau ruang mencuba-cuba dalam memilih Kerajaan Negeri.”
” Kesilapan memilih Kerajaan akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik yang boleh merencatkan agenda pembangunan pesat yang sedang berlaku. Peliharalah keharmonian kaum dan kestabilan politik sedia ada di negeri ini,”katanya.

Tambah beliau, track record BN dan komitmen serta harapan masa depan yang dizahirkan oleh kepimpinan Tan Sri Adenan Satem seharusnya menjadi pegangan kepada rakyat Sarawak untuk terus mengundi BN sekali gus membentuk Kerajaan Negeri dengan mandat baharu kepada Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan