Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Sabah perlu ambil inisiatif fahami budaya, adat orang asal

PEMANGKU Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. – Foto Edmund Samunting

 

TUARAN, 9 Ogos – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meminta rakyat Sabah untuk mengambil inisiatif bagi memahami budaya dan adat golongan orang asal di negeri ini.

Beliau berkata perkara itu sangat penting bagi memastikan agar adat dan budaya orang asal tidak terkubur.

“Kita harus memastikan adat dan budaya orang asal sentiasa segar dan kita harus berbangga untuk menonjolkan budaya, adat dan gaya hidup kita sebagai orang asal kepada masyarakat dunia,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Sabah di Kiulu, dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Induk sambutan itu, Tan Sri Wences Angang.

Mengenai sambutan itu, Madius berkata ia julung kali disambut di Sabah sebagai usaha memartabatkan masyarakat orang asal di negeri ini.

“Penganjuran ini diadakan kerana sudah tiba masanya kerajaan Sabah memartabatkan Deklarasi Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa Bersatu iaitu satu undang-undang antarabangsa yang melindungi budaya, tanah dan juga cara hidup orang asal yang diisytiharkan Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 13 Sept 2007.

“Kita yakin kerajaan Sabah kini memberi perhatian sepatutnya untuk mengadaptasi artikel-artikel dalam Deklarasi Hak Orang Asal Sedunia ke dalam pembentukan polisi kerajaan pada masa kini,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan