Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RAKYAT SABAH NIKMATI KADAR HARGA BARANGAN KEPERLUAN SAMA DENGAN SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SARAWAK.

pic-5

 

 

 

 

 

 

 

 

 
KOTA KINABALU: Rungutan terhadap harga barangan yang lebih tinggi si negeri ini berbanding harga di negeri-negeri lain di Malaysia sering didengar dan diluahkan oleh rakyat.

Prihatin terhadap rungutan tersebut, Program Penyeragaman Harga di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tahun 2014 dilancarkan oleh kerajaan dengan peruntukan berjumlah RM100 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Sri Hasan Malek berkata agihan peruntukan itu dibahagikan memgikut projek yang mana iaitu projek Peneyeragaman Harga Barang Perlu sebanyak RM10 juta, projek Penyeragaman Harga LPG berjumlah RM7 juta dan projek Community Drumming sebanyak RM83 juta.

Beliau berkata program ini telah pun dimulakan pada tahun 2009 sebagai satu usaha kerajaan pusat dan negeri untuk memastikan rakyat di seluruh negeri ini sama-sama menikmati kemudahan dengan rakyat di Semenanjung.

Katanta program tersebut dilaksanakan untuk menyeragamkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung gamdum dan minyak masak, gas memasak LPG serta diesel dan RON95.

Harga barangan di negeri ini melambung tinggi berbanding harga di Semenanjung disebabkab kos pengangkutan yang tinggi.

Kerajaan katanya berusaha untuk membantu rakyat dengan membiayai kos pengangkutan tersebut.

Beliau juga berkata sebanyak RM83 juta yang diperuntukkan untuk program Community Drumming yang melibatkan 86 syarikat pengangkutan di 397 kawasan pengedaran.

Katanya bermula pada tahun ini kerajaan akan memastikan bahawa setiap syarikat pengangkutan yang dilantik diberikan nilai projek tidak melebihi RM3 juta bagi menggalakkan lebih ramai syarikat terlibat dengan program ini.

Komen


Berita Berkaitan