Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Sabah kekal bersatu disebalik bencana alam

Musa (tengah) diiringi oleh Pairin menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PBS di Dewan JKR, Sembukan, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Musa (tengah) diiringi oleh Pairin menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PBS di Dewan JKR, Sembukan, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Rakyat tidak harus sewenang-wenangnya tertarik dengan propaganda pihak yang mengambil kesempatan cuba merosakkan ketenteraman dan keamanan di negara ini.

Sebaliknya, rakyat perlu bersatu mengukuhkan lagi semangat perpaduan agar kehidupan harmoni dapat dinikmati secara berterusan sekaligus membolehkan kerajaan terus melaksana pembangunan demi kepentingan rakyat pada masa depan.

Peringatan itu disuarakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Jospeh Pairin Kitingan bahawa, negara ini mempunyai undang-undang sedia ada sebagai langkah bagi memastikan kedaulatan negara terus terjamin.

“Negara kini menghadapi pelbagai cabaran. Sabah baharu sahaja menghadapi ancaman gempa bumi. Namun, saya bangga dan berterima kasih kerana dalam keadaan itu, rakyat negeri ini tetap bersatu padu meskipun ada pihak cuba mengambil kesempatan merosakkan kestabilan negara.

“Justeru, marilah kita bersama-sama memastikan kestabilan dan tidak terpengaruh oleh unsur negatif. Kita mempunyai undang-undang dan sistem yang kita terima selama ini, jadi biarkan sistem sedia ada itu menjalankan peranan,” katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR), Sembulan di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri tetamu kehormat, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pemimpin tertinggi parti tersebut. Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

Sehubungan itu, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri menambah, kedaulatan boleh menggugat kedaulatan sekiranya tiada langkah-langkah diambil bagi membendung pengaruh negatif pihak tertentu.

Oleh itu, beliau menasihat rakyat agar bijak untuk memikirkan apa yang terbaik dalam keadaan yang sedang dilalui negara. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan