Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rakyat Sabah Diminta Tidak Terpengaruh Maklumat Yang Cuba Jatuhkan Kerajaan

YAHYA

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin

KENINGAU, 3 Ogos (Bernama) — Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin meminta rakyat Sabah khususnya di kawasan luar bandar agar tidak terpengaruh dengan maklumat pihak tertentu atau bekas pemimpin UMNO yang cuba menjatuhkan kerajaan pada masa ini.

Yahya yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah berkata rakyat perlu menilai segala maklumat oleh pihak berkenaan, sebelum menerimanya kerana ia hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

“Yang penting rakyat perlu tahu menilai dengan melihat segala yang telah dilakukan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara…banyak perkara yang telah dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kadang-kadang kita lihat banyak maklumat yang disampaikan oleh bekas pemimpin UMNO tidak betul, malahan faktanya tidak jelas dan hanya mengelirukan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penanaman Cendawan Shiitake Berkelompok Korporasi Pembangunan Desa (KPD) KM54.2 Jalan Kimanis-Keningau, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa terdapat beberapa pemimpin termasuk bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal cuba memburuk-burukkan kerajaan dalam ucapan pada acara di beberapa kawasan di Sabah baru-baru ini.

Mengulas lanjut Yahya berkata, rakyat perlu terus menyokong kerajaan pada masa ini yang banyak memberi bantuan khususnya kepada petani dan nelayan.

“Kita sendiri boleh melihat bahawa kerajaan telah banyak membantu rakyat contohnya memberikan elaun sara hidup kepada nelayan dan macam-macam lagi subsidi,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan