Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Sabah Diminta Terus Jaga Perpaduan Pelbagai Kaum, Budaya, Dan Agama-Musa

KOTA KINABALU : Rakyat Sabah perlu terus menjaga perpaduan pelbagai kaum, budaya dan agama untuk memastikan negeri ini terus harmoni serta mencapai ke tahap yang lebih tinggi, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini juga perlu saling menghargai antara satu sama lain.

“Semua kaum di Sabah sentiasa bersama dan perbezaan budaya tidak pernah menjadi halangan. Sebaliknya kepelbagaian yang ada mengeratkan lagi hubungan setiap kumpulan etnik,” katanya ketika merasmikan Pesta Tarian Naga, Unikorn dan Singa 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir Konsul Besar China di Kota Kinabalu Chen Pei Jie serta beberapa menteri Kabinet negeri.

Mengenai pesta itu, Musa berkata penganjuran festival berkenaan boleh membantu mempromosikan lagi warisan kebudayaan masyarakat Cina di negeri ini.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong dan menggalakkan penganjuran apa sahaja acara kebudayaan di negeri,” katanya sambil mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk tujuan penganjuran festival berkenaan.

Sementara itu, sebanyak 115 kumpulan tarian naga, unikorn dan singa dari seluruh negeri ini menyertai acara itu sempena Tahun Baru Cina.

Acara yang dianjurkan Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah, Kota Kinabalu itu bertujuan mengembangkan budaya warisan dan mempertingkat ilmu kemahiran tarian di samping mengumpul dana untuk membiayai aktiviti persatuan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan