Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Sabah Diminta Bijak Nilai Janji – Yahya

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin meminta rakyat di negeri ini agar bijak menilai janji yang ditaburkan oleh sesebuah parti dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau berkata rakyat seharusnya peka dan rajin membaca untuk membandingkan ketelusan janji yang ditaburkan agar tidak termakan dengan tipu helah yang dibuat semata-mata untuk memenangi pilihan raya.

“Ini terbukti apabila parti pembangkang hanya tahu menjanjikan bulan dan bintang tetapi gagal untuk melaksanakan apa yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Barisan Nasional (BN) dan Peralatan Kempen Kawasan Putatan, di sini hari ini.

Yahya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata janji yang ditaburkan oleh pihak pembangkang tidak sama dengan janji yang dibuat oleh BN.

“Kita membuat janji yang boleh dilaksanakan..contohnya saya meminta pembinaan dua sekolah rendah dan dua lagi sekolah menengah di kawasan Putatan dan janji saya itu bakal ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Yahya berkata selain pembinaan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah di Putatan dalam tempoh lima tahun akan datang, beliau juga mencadangkan pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) dari Kota Kinabalu ke Putatan.

“Perkara ini akan dibincangkan…pada mulanya kerajaan bercadang untuk membina Bas Rapid Transit (BRT) namun kita tukar cadangan untuk membina LRT,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan