Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Sabah Diingatkan Tidak Terpengaruh Dakyah Parti Pembangkang – Musa

SANDAKAN – Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengingatkan rakyat di negeri ini termasuk anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang.

Menurut beliau parti pembangkang itu sendiri bukan sahaja bermasalah malah pemimpinnya juga ada masalah peribadi.

Katanya parti pembangkang ini hanya muncul menjelang pilihan raya dan menggunakan bermacam-macam fitnah serta janji untuk meraih sokongan.

“Kita kena pandai menilai mana parti yang ada rekod perkhidmatan baik dan menunaikan janji. Saya yakin rakyat Sabah tahu menilai mana yang baik untuk mereka,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tinusa 1 di sini, hari ini.

Menurutnya kerajaan diterajui BN sudah banyak mengeluarkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

Pada masa sama, katanya, memang diakui masih ada keperluan rakyat yang belum selesai.

Beliau berkata yang penting kerajaan mempunyai komitmen dan kemampuan untuk terus menyelesaikan keperluan itu.

“Kita merancang dengan baik dan melaksanakan program untuk kebaikan rakyat. Ia tidak akan berhenti malah akan terus dirancang dan dilaksanakan,” katanya.

Musa berkata ia sejajar dengan komitmen dan pegangan penting BN apabila dipilih rakyat, amanah yang diberikan akan ditunaikan secara terbaik.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan