Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Sabah digesa pertahan negeri dari diceroboh – PM

NAJIB menuai padi sebagai gimik pelancaran pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2016 di MATIC Jalan Ampang, hari ini. - Foto Ghazali Kori
NAJIB menuai padi sebagai gimik pelancaran pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2016 di MATIC Jalan Ampang, hari ini. – Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menggesa masyarakat Sabah yang merangkumi segenap etnik bersama mempertahankan setiap inci negeri itu dari dicerobohi sesiapa pun.

Perdana Menteri menggelarkan masyarakat negeri di bawah bayu itu sebagai pahlawan sebenar.

Katanya, negeri Sabah sudah lebih maju ke hadapan dan merdeka dari dijajah.

“Tonggak prinsip yang kita (Malaysia) pegang  berteraskan semangat 1Malaysia. Salah satunya menghormati satu sama lain dan apabila kita berbuat demikian, orang lain akan turut sama hormat pada kita.

“Hubungan kerajaan pusat dengan negeri amat baik kerana kita jadikan asas berkenaan tonggak keamanan negara. Insyaallah…negara aman, makmur dan berjaya apabila kita pegang prinsip 1Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka  Malaysia Tadau Kaamatan 2016 peringkat Kebangsaan di sini.

Yang turut hadir Menteri Pelancongan  Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Masyarakat Kadazan Dusun dan Murut, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Najib berkata, sambutan tradisi perayaan etnik Kadazan Dusun dan Murut ini adalah julung kali diadakan di Semenanjung iaitu di Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia (MaTIC) yang bermula hari ini dan esok.

Katanya, ia diadakan di ibu kota bagi memberi peluang kepada komuniti Sabah yang tinggal di Semenanjung untuk bersama-sama menyambut perayaan tradisi masyarakat Sabah. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan