Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Sabah alu-alukan kehadiran Tun Mahathir sempena Hari Malaysia 2018

 

Raptai penuh sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed ke negeri ini sempena sambutan Hari Malaysia 2018 yang akan diadakan pada 16 September ini di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kedatangan beliau (Tun Mahathir) ke Sabah sememangnya dinantikan oleh segenap pelusok rakyat Sabah bagi meraikan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Kita amat menghargai apa yang Tun Mahathir telah lakukan khususnya dalam membentuk kerajaan Malaysia baharu, untuk kita amat mengalu-alukan kehadiran beliau ke Sabah pada Ahad ini.

Raptai penuh sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Perubahan hari ini adalah kerana sumbangan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka malam ini.

Raptai penuh sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan menjelang sambutan Hari Malaysia, Mohd Shafie menjelaskan beliau berpuas hati dengan segala perancangan dan pelaksanaan yang dikelolakan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Negeri.

Katanya, ia merupakan satu sejarah buat negeri ini yang menjadi tuan rumah pertama Hari Malaysia setelah negara kini ditadbir oleh kerajaan baharu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang akan menjayakan hari sebenar Sambutan Hari Malaysia 2018 selepas menghadiri raptai penuh sambutan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kita amat bersyukur kepada Allah SWT persiapan kali ini berjalan lancar. Saya bangga melihat penglibatan dan komitmen para pelajar yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk raptai semata-mata meraikan kepimpinan negara,” katanya.

Mohd Shafie berkata, ini merupakan perayaan yang cukup penting bagi generasi khususnya anak-anak muda untuk kita terapkan agar mereka mengingati sejarah pembentukan Malaysia sebenar,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan