Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Perlu Tolak Fitnah Terhadap PM & 1MDB

FW387434_PH03_150315_ISMAIL_2-lpr

JERANTUT – Rakyat negara ini perlu menolak tuduhan tidak berasas kononnya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyediakan dana kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia jelas fitnah dan tiada bukti kukuh, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setiap tuduhan mesti mempunyai bukti dan jika tanpa bukti sudah tentu ia adalah fitnah.

“Dalam konteks ini saya berharap rakyat Malaysia tidak mempercayai dan menganggap ia sebagai satu fitnah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pelan pemasaran buah-buahan bermusim 2015 di Pusat Operasi FAMA Jerantut, di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion telah dideposit ke dalam akaun yang dipercayai akaun peribadi Najib.

Beliau berkata penangkapan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo baru-baru ini membuktikan tohmahan yang dibuat selama ini adalah tidak berasas.

Polis Thailand sebelum ini dilaporkan menahan warga Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalin dengan 1MDB.

1MDB, dalam satu kenyataan berkata ia tidak pernah menyalurkan dana kepada Perdana Menteri. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan