Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rakyat perlu memiliki nilai patriotisme

12:14pm 04/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 33 views Tempatan
Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih melepaskan peserta Konvoi Kembara Perpaduan 2016 yang bermula di kampung Kitang Kuala Penyu.

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih melepaskan peserta Konvoi Kembara Perpaduan 2016 yang bermula di kampung Kitang Kuala Penyu.

KUALA PENYU- Penerapan nilai patriotisme dalam setiap diri individu amat penting bagi negara agar nikmat kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi ketika ini kekal untuk selamanya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, patriotisme merupakan salah satu nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda.

“Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Pegawai Daerah Kuala Penyu, Abd. Rahim Yakub merasmikan majlis penutupan Konvoi Merdeka Perpaduan 2016 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan  Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga daerah Kuala Penyu di dewan masyarakat kampung Kerukan, disini,kelmarin.

Sebanyak 18 buah  KRT di daerah Kuala Penyu terlibat dalam konvoi tersebut dan telah disempurnakan oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih di kampung Kitang, disini.

Menurut Mohd Fadzlee, nilai patriotisme telah memainkan peranan yang sangat penting dalam diri rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai selama ini.

Jelasnya, semangat patriotimse dapat membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum yang menjadi pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategik ke arah keselamatan negara.

Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mencapai persefahaman antara kaum.

Antaranya, penubuhan JPNIN bagi menjalankan gerak kerja ke arah penyatuan kaum di negara ini.

“ Penubuhan ini sangat berpatutan dan wajar bagi mengelakkan pertengkaran atau perbezaan pendapat daripada berlaku di samping membentuk integrasi kaum” katanya

Sehubungan itu, katanya, usaha yang dilakukan oleh JPNIN dengan sokongan  beberapa buah KRT di daerah berkenaan menganjurkan program tersebut harus dilihat sebagai satu pendekatan positif ke arah mengwujudkan masyarakat yang ptariotik dan bersatu padu.

“ Usaha-usaha seperti ini perlu diteruskan bagi membentuk semangat patriotisme di kalangan rakyat yang seharusnya tidaklah  semata-mata menjadi tanggungjawab kerajaan namun semua pihak termasuk ibubapa perlu  memainkan obligasi dengan mengajar anak-anak menghargai keamanan negara dan bersikap patriotik” katanya. Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan