Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat perlu hargai kemerdekaan negara

RAZAK mengibarkan jalur gemilang sebagai simbol pelepasan pertandingan dayungan merdeka sempena program tersebut
RAZAK mengibarkan jalur gemilang sebagai simbol pelepasan pertandingan dayungan merdeka sempena program tersebut

SEMPORNA: Kemerdekaan negara ini perlu sentiasa diingati oleh rakyat setempat, kata Bendahari Umno Bahagian Semporna, Dato Razak Tun Sakaran.

Razak berkata walaupun negara tidak sunyi dari pelbagai ancaman, namun berkat kepercayaan dan kesatuan rakyat serta kewibawaan pentadbiran, semua itu berjaya diharungi.

“Oleh itu sempena sambutan hari kemerdekaan 59 tahun (Sabah dalam Malaysia yang disambut 16 Sept) yang bersejarah ini, kita wajar sama-sama mensyukuri nikmat kejayaaan negara dengan rasa bangga,” katanya  ketika ditemui selepas merasmikan program program Dayungan Merdeka bersama penduduk  dan  warga SK Pulau Sumandi dekat sini baru baru ini.

Razak yang juga merupakan Ketua Usia Bahagian Semporna, kepelbagaian agama, bangsa dan suku kaum di negara ini tidak menjadi penghalang kepada negara untuk mencapai kestabilan, kekal aman dan kemajuan.

“Generasi muda perlu menghayati semua ini kerana mereka yang akan mewarisi negara ini…jadi, adalah menjadi tanggungjawab mereka memelihara negara ini supaya tidak terjerumus dengan konflik dan kerosakan sepertimana iktibar yang boleh kita lihat di negara bergolak,” katanya.

Razak berkata kebijaksanaan pemimpin terdahulu dan masa kini telah  membolehkan rakyat terus menikmati keharmonian serta kemakmuran.

Katanya negara ketika ini terus memiliki pemimpin yang bijaksana iaitu pada peringkat nasional ianya diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pada peringkat negeri diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Menurutnya kedua-dua pemimpin tersebut akan memastikan kemerdekaan negara tidak akan tergugat.

“Dalam hal ini sudah tentu sokongan dan dokongan daripada rakyat diharapkan… caranya adalah dengan menolak segala anasir-anasir yang cuba dibawa oleh pihak tertentu yang menggugat kemerdekaan itu,” katanya
.
Tambah beliau, rakyat harus menolak usaha pihak- pihak tertentu yang cuba memecah belahkan perpaduan rakyat di negeri ini dengan cara mengekalkan Kerajaan Barisan Nasional untuk terus mentadbir Negara.

“Jelas kepada rakyat bahawa hanya BN yang mengutamakan perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara ini berbeza dengan pembangkang yang tidak mengutamakan soal perpaduan dan persefahaman kaum” katanya. SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan