Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat perlu fahami GST

ntara pemimpin masyarakat, guru-guru dan pelajar yang mendengar Forum Apa Itu GST.
ntara pemimpin masyarakat, guru-guru dan pelajar yang mendengar Forum Apa Itu GST.

SEMPORNA – Rakyat seharusnya memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat masa kini untuk meningkatkan pengetahuan khususnya mengenai hak mereka sebagai pengguna terutama dalam isu berkaitan pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban, tanggapan negatif tentang GST timbul kerana kurangnya pemahaman orang ramai mengenai percukaian selain tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.

Jelas beliau, rakyat perlu tahu bahawa asas ekonomi negara dapat diperkukuh lagi menerusi pelaksanaan GST kerana ia menjadikan kutipan cukai lebih cekap, sekaligus menjana hasil yang lebih besar serta merangsang pertumbuhan.

“Setiap wang yang diperolehi bukan untuk kerajaan atau pemimpin, tetapi ia untuk Setiap kutipan cukai terbabit akan diproses dan dikembalikan semula kepada rakyat,” katanya ketika berucap semasa merasmikan Forum Apa Itu GST di Dewan SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Biro Pendidikan, Politik dan Pidato Pemuda UMNO Bahagian Semporna, Dr. Mohd. Faizal Hisham, Pengetua SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna, Abdul Aziz Abdul Rashid; Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sabah Bahagian GST, Madrin Tasan serta pemimpin masyarakat, guru-guru dan para pelajar. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan