Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat perlu bekerjsama dengan kerajaan banteras ekstremisme – Juhar

Tun Juhar ketika menyampaikan Perutusan Hari Jadi Rasmi Ke-65. Gambar SNT/Ehasn Penerangan Sabah

KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) – Rakyat di negeri ini tanpa mengira suku kaum, bangsa dan agama atau perbezaan ideologi politik diseru bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha mempertahankan keamanan dan keselamatan di samping memerangi keganasan serta membanteras segala bentuk aktiviti ekstremisme.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata semangat kekitaan itu perlu dipupuk dan disemai dalam diri anak-anak muda pada masa kini sebagai generasi pewaris kepimpinan negeri dan negara di masa hadapan.

“Kita harus sedar bahawa negeri Sabah sering menjadi tumpuan dan tarikan kepada negara luar yang mengikuti perkembangan semasa serta kagum dengan kebolehan kita menjaga keharmonian kaum.

“Oleh itu, anasir-anasir jahat yang cuba menyusup masuk serta mempengaruhi golongan tertentu di negeri ini harus dipantau dan ditangani dengan tegas kerana ia hanya membawa keburukan kepada masyarakat serta menjejaskan keharmonian serta keamanan,” katanya.

Juhar berkata demikian dalam perutusan khas pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang serta Pingat negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi ke-65, Yang Dipertua Negeri di Istana Negeri, hari ini.

Katanya setiap lapisan masyarakat termasuk pemimpin di peringkat akar umbi dan komuniti perlu sentiasa berwaspada dan bersikap pro-aktif dalam menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan-kegiatan yang mencurigakan

“Selain itu mereka juga menjadi “mata dan telinga” kepada kerajaan dalam menangani dan mengatasi insiden jenayah yang boleh mengganggu gugat aktiviti harian masyarakat,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan