Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat perlu aktif tangkis tohmahan pembangkang- Samsudin

SANDAKAN: Rakyat perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menangkis tohmahan pihak pembangkang yang semakin ghairah mengelirukan rakyat bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, mereka perlu menjadi benteng hadapan kerajaan bagi memperbetulkan persepsi negatif sebahagian anggota masyarakat akibat terpe­ngaruh dengan fitnah pembangkang.

“Mereka (masyarakat) juga perlu peka dan arif mengenai dasar kerajaan serta isu-isu semasa bagi memberi penjelasan selain menjawab segala tohmahan pembangkang untuk mengelakkan rakyat terus terkeliru,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Senamrobik & Sukaneka Tabika KEMAS di Gelenggang Futsal di Taman Pohing, Sandakan semalam.

Menurutnya, rakyat wajib mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada kerana tiada yang lebih komited bagi meningkatkan taraf hidup rakyat biarpun sering menerima cemuhan daripada pembangkang.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pemimpin masyarakat akar umbi supaya terus menyediakan perkhidmatan berkualiti kerana mereka merupakan kakitangan barisan hadapan yang menjadi penghubung pertama antara masyarakat dan kerajaan serta wakil rakyat.

Samsudin berkata, sebagai pemimpjn masyarakat bertanggungjawab dan yang sentiasa berurusan dengan masyarakat, perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan menjadi penentu tanggapan positif orang ramai terhadap organisasi tersebut.

Selain itu, masyarakat terutamanya ibu bapa juga dinasihatkan supaya menghentikan segera sikap membanding-bandingkan corak pengajaran dan pembelajaran di tabika Kemas dengan tabika lain sama ada yang dijalankan oleh agensi kerajaan lain atau swasta.

Katanya, setiap tabika mempunyai pendekatan berbeza dan apa yang membezakannya adalah dari segi kemahiran serta pendekatan antara guru selain ibu bapa, namun mempunyai tujuan yang sama, iaitu memberi pendidikan awal yang terbaik untuk kanak-kanak.

“Pemimpin masyarakat dan masyarakat perlu memikul tanggungjawab dan amanah besar dan memerlukan dedikasi dan kekuatan yang besar, sekali gus melahirkan sebuah bangsa dan negara yang berjaya selari dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi menyaran ibu bapa memanfaatkan sepenuhnya skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), yang diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2018 bagi menjamin masa depan anak mereka sebagai generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Jelasnya skim itu merupakan satu lagi pendekatan baharu kerajaan dalam mewujudkan dana simpanan masa depan khusus untuk anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022, dan skim berkenaan akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ADAM50 adalah Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200, insentif percuma diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022 melalui unit amanah saham di PNB./SayangSabah

Ceria…..Samsudin bergambar kenangan dengan kanak-kanak Tadika Kemas.

Komen


Berita Berkaitan