Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rakyat Mula Terima GST, Aduan Menurun

6:20pm 16/11/2015 Pak Roshan 70 views Mutakhir,Nasional

Buku-Panduan-GST

KUALA LUMPUR – Rata-rata rakyat sudah mula menerima pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berdasarkan kepada penurunan aduan diterima oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurut Kementerian Kewangan, bagi tempoh Julai hingga September 2015, JKDM hanya mencatatkan sebanyak 572 aduan berbanding 5,873 aduan yang diterima bagi tempoh April hingga Jun tahun ini.

“Bagi KPDNKK pula, hanya 768 aduan sahaja telah dicatatkan bagi tempoh Julai hingga September berbanding 10,370 aduan pada bulan April hingga Jun 2015 yang lalu,” demikian menurut jawapan bertulis kementerian kepada soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan baru) yang meminta penjelasan Menteri Kewangan mengenai tahap penerimaan rakyat Malaysia terhadap GST.

Menurut kementerian itu, penurunan aduan didorong peningkatan pemahaman pengguna dan peniaga dan kerajaan menjangkakan trend itu akan berterusan.

Kerajaan memperkenalkan pelaksanaan GST secara rasmi pada April lepas bagi menggantikan dua jenis cukai iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST), dan turut dilaksanakan di lebih 160 negara di dunia. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan