Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Malaysia Diminta Sama-Sama Meriahkan Sambutan Kemerdekaan

merdeka

PUTRAJAYA — Rakyat Malaysia termasuk warga Bandaraya Kuala Lumpur diminta sama-sama memeriahkan acara-acara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi berkata pelbagai acara diatur sempena sambutan itu dengan kemuncaknya diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Ahad ini.

“Acara-acara ini mempunyai karakter dan ciri tersendiri. Kita mengharapkan khususnya penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dan rakyat Malaysia di seluruh negara memberi sambutan, menzahirkan dan menjulang semangat kemerdekaan,” katanya.

Abd Rahim ditemui pemberita selepas menyambut ketibaan peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang Putrajaya di Putrajaya, Jumaat.

Mengenai program Kembara itu, beliau berkata ia bertujuan mempromosikan kesedaran berkaitan kemerdekaan negara di samping mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat.

“Pada masa yang sama ia memupuk semangat kekitaan dan sayang kepada negara,” katanya.

Ditanya mengenai provokasi yang dibuat beberapa pihak tidak bertanggungjawab di Internet terutama di laman-laman sosial, Abd Rahim berkata kementerian sentiasa memantau perkara itu.

“Ia (pemantauan) kita buat secara berterusan, bukan sahaja provokasi tentang Hari Merdeka tetapi juga pelbagai isu lain,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan