Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rakyat Malaysia di Istanbul diseru agar mengutamakan keselamatan diri

1:46pm 13/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 45 views Berita Pilihan,Global,Mutakhir
KOTA KINABALU- Kementerian Luar Negeri menyeru kepada rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke Istanbul agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri sendiri berkenaan dengan insiden letupan bom oleh pengganas di Sultanahmet, Istanbul, kelmarin
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pengganas yang telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa yang tidak berdosa dan 15 orang yang mengalami kecederaan.
Menurut Kedutaan Besar Malaysia, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut sehingga kini. Walaubagaimanapun, pihak kedutaan akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia yang berada di negara itu termasuklah para pelajar yang menuntut di Istanbul.
Disamping itu, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Kerajaan Malaysia turut merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta kepada keluarga yang terlibat dalam serangan tersebut. – Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan