Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rakyat Malaysia Boleh Melihat Gerhana Matahari Esok

10:14am 08/03/2016 Pak Roshan 2334 views Mutakhir,Nasional

ring-of-fire-eclipse

GERHANA matahari adalah satu fenomena yang jarang berlaku dan pada tahun ini, ia boleh dilihat oleh penduduk di Malaysia pada pagi 9 Mac 2016.

Walaubagaimanapun, di Malaysia, kita akan dapat melihat gerhana matahari separa sahaja, tetapi bagi mereka di Borneo, Sulawesi, Sumatra dan Lautan asifik boleh melihat gerhana penuh.

Fenomena ini hanya terjadi apabila bulan melalui antara bumi dan matahari dan menyebabkan matahari akan tertutup dan hanya sebehagian darinya yang boleh dilihat.

Gerhana

Kejadian ini hanya berlaku sekali dalam setiap tahun.’

Bagi rakyat malaysia yang ingin menyaksikan sendiri fenomena ini, gerhana matahari separa ini boleh dilihat antara pukul 7.24 pagi sehingga 9.31 pagi, esok.

Bersempena ini, pihak ANGKASA juga akan mengadakan sebuah acara khas di Planetarium Negara unutk melihatnya dari jam 7 pagi sehingga 10 pagi.

BACA:Jika anda terlepas kejadian ini pada esok hari, anda perlu menungga sehingga akhir tahun 2019 untuk melihatnya berlaku sekali lagi di Malaysia. -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan