Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Jepun digesa simpan tisu tandas

simpan tisu

Tokyo: Kerajaan Jepun menggesa rakyatnya bersedia menghadapi senario paling buruk sekiranya

bencana menimpa negara itu, termasuk menyimpan stok tisu tandas secukupnya.

Kementerian Perindustrian melancarkan kempen kesedaran awam menjelang Hari Mencegah

Bencana 1 September ini dengan mengingatkan penduduk menyimpan secukupnya bekalan

makanan dan produk kebersihan sebagai menghadapi masalah selepas gempa bumi besar.

“Bersedia dan jangan menyesal,” menurut kenyataan kementerian itu dalam iklan yang disiarkan

mengenai kesediaan menghadapi bencana.

“Apabila bencana berlaku, seperti gempa bumi besar, ketiadaan tisu tandas menjadi masalah

besar,” katanya.

“Bersempena dengan hari Pencegahan Bencana, gunakan peluang untuk menyimpan tisu tandas di

rumah,” kata kementerian itu, merujuk kepada ulang tahun gempa bumi Kanto pada 1 September

1923 yang meragut lebih 100,000 nyawa. – AP

Komen


Berita Berkaitan