Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat harus bijak memilih kerajaan yang mampu menjaga keamanan dan kestabilan negara

Rahman dahlan (tiga dari kanan) ketika melancarkan gimik perasmian tapak pembinaan surau berkenaan.-Gambar oleh Alex Mairin

SEPANGGAR: Menteri Di Jabatan Perdana Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyeru orang ramai agar bijak memilih sebuah kerajaan yang mampu menjaga keamanan dan kestabilan negara.

Beliau menyatakan, tidak semua parti politik boleh menjadi sebuah kerajaan yang mampu menjaga keamanan dan kestabilan politik sesebuah negara terutama sekali dalam sebuah negara seperti Malaysia yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum.

Beliau turut menyeru orang ramai agar mengambil contoh konflik di negara jiran akibat kegagalan kerajaan yang dibentuk di negara itu dalam menjamin keamanan dan kestabilan politiknya.

“Kita dikelilingi oleh wilayah yang mempunyai masalah tapi alhamdullilah, negara kita walaupun kecil dan dipisahkan oleh Laut China Selatan dan berbilang kaum, berbilang agama kita masih hidup aman dan damai.”

“Tetapi ada dalam kalangan kita yang tidak menghargai nikmat keamanan yang kita nikmati sekarang, kita jangan silap dalam memilih sebuah kerajaan dalam pilihan raya kerana bukan semua kerajaan mampu menjamin keselamatan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program Usahasama Latihan Industri dan Khidmat Komuniti antara Akademi Binaan Malaysia dan Politeknik Kota Kinabalu dengan Jawatankuasa Pembinaan Surau V19 Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), di tapak pembinaan surau V19 KKIP, hari ini.

Mengulas mengenai pembinaan surau berkenaan yang pembinaannya telah tergendala sejak tiga tahun lalu akibat ketiadaan dana, beliau meminta pihak yang bertanggungjawab agar menyenaraikan anggaran peruntukan untuk membina surau itu agar tindakan selanjutnya dapat dilakukan.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar rakyat di negara ini dan khususnya di Sabah terus bersatu-padu demi mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah.

Beliau menyatakan, semangat perpaduan adalah kunci yang penting bagi memastikan keamanan yang telah lama terjalin agar terus dinikmati oleh rakyat di negara ini./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan