Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat ditimpa musibah dibantu

 

Jainab Ahmad (tengah) menyampaikan bantuan kepada seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu 16, Gum-Gum Sandakan.
Jainab Ahmad (tengah) menyampaikan bantuan kepada seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu 16, Gum-Gum Sandakan.

TURUN PADANG… Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad, menyampaikan bantuan kepada 30 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Batu 16, Gum-Gum Sandakan yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

Kesemua pelajar berkenaan menerima dua pasang baju dan kasut sekolah sumbangan kerajaan negeri. Jainab ketika berucap dalam majlis itu berkata, kerajaan sentiasa membantu rakyat yang ditimpa musibah dari masa ke semasa.

Jelasnya, sebagai kerajaan bertanggungjawab, usaha membantu rakyat dalam kesusahan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat sentiasa terbela dan mendapat manfaat daripada usaha kerajaan itu.

Jainab juga berkesempatan menyertai Gotong-Royong Pasca Banjir membersihkan kawasan sekolah Sk. Gum-Gum yang dinaiki air berikutan kejadian banjir kilat baru-baru ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan