Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rakyat Diminta Terus Sokong Najib Dan Barisan Kabinet Baharu

Datuk Hamisa Samat
Datuk Hamisa Samat

TAWAU : Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat, meminta rakyat agar terus memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan Kabinet yang baharu dilantik.

Beliau berkata rombakan menteri Kabinet adalah satu amalan biasa bagi mengukuhkan pasukan kepimpinan kerajaan terutama bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

“Rombakan Kabinet baru-baru ini adalah merupakan hak perdana menteri untuk memilih anggota pasukan baharu yang akan bekerja bersama-sama dengannya terutama bagi mencapai matlamat serta janji-janji semasa pilihan raya lalu.

“Malah kita melihat pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalannya yang baharu merupakan gandingan yang mantap bagi melakukan lebih banyak transformasi kepada pembangunan negara,” katanya di Kalabakan, dekat sini Isnin.

Beliau mengulas rombakan Kabinet Selasa lepas yang turut menyaksikan dua nama baharu dari Sabah dilantik menteri iaitu Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Hamisa berkata pelantikan dua nama baharu dari Sabah itu jelas menunjukkan kepercayaan Najib kepada kepimpinan negeri ini untuk bersama-sama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan