Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rakyat AS Pakat Pindah, Web Imigresen Kanada Sesak Teruk

3:50pm 09/11/2016 Pak Roshan 4945 views Global

trumpmoronsreuters

TORONTO – Mungkin sesetengah rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak bergurau semasa mereka mengugut untuk beramai-ramai pindah ke Kanada jika calon presiden Republikan berjaya memerintah Rumah Putih.

Laman sesawang utama imigresen Kanada dikatakan sedang mengalami kesesakan trafik yang melampau pada malam 8 November, semalam, semasa Trump sedang mara menghampiri kemenangan untuk menjadi presiden AS yang terbaru, lapor Reuters.

Terdapat beberapa aduan mengenai kesukaran untuk melayari laman sesawang www.cic.gc.ca di mana pengguna tidak dapat masuk akibat gangguan server dalaman.

Para pegawai di dalam kementerian tersebut tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu, namun masalah yang dihadapi laman sesawang itu telah dimaklumkan orang ramai melalui Twitter.

Selepas sesetengah rakyat Amerika berseloroh mahu menetap di Kanada jika Trump menjadi presiden, idea tersebut telah diambil secara serius oleh beberapa komuniti di negara tersebut.

Februari lalu, pihak berkuasa di pulau Cape Breton yang terletak di pesisir lautan Atlantik telah mempromosikan tempat tersebut sebagai satu kawasan perlindungan yang menenangkan bagi rakyat Amerika yang mahu bebas daripada cengkaman Trump, jika beliau dilantik. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan