Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RAKU dan DIGI anjur ‘[email protected]’ 2015

Barisan artis yang men
Barisan artis yang menjayakan [email protected]

KUALA LUMPUR – Erti sebuah kebebasan merupakan mercu tanda sebenar bagi memahami apakah maksud ‘Merdeka’.

Justeru, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-58 tahun, perkhidmatan penstriman digital di bawah naugan Astro Radio iaitu RAKU akan bekerjasama dengan DiGi bagi mempersembahkan barisan pemuzik dan band tempatan terbaik negara untuk beraksi secara langsung di seluruh Malaysia demi menyemarakkan lagi pentas [email protected] Tour 2015.

Seramai 10 pemuzik tanahair termasuklah kumpulan rock dan indie terbaik di Malaysia akan membuat persembahan di empat lokasi Hard Rock Café pada setiap hari Ahad sepanjang bulan ini dan pada minggu pertama pada September.

Mereka yang tidak dapat meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan artis-artis kegemaran, mereka masih boleh menikmati persembahan tersebut secara langsung dengan membuka aliran [email protected] Tour ‘live’ di aplikasi RAKU (www.raku.my).

Di setiap lokasi persembahan pula, acara akan berlangsung selama empat jam dari pukul tiga petang hingga tujuh malam pada Ahad, bertempat di Hard Rock Café, Melaka (9 Ogos 215), Hard Rock Café, Pulau Pinang (16 Ogos 2015), Hard Rock Café, Sabah (23 Ogos 2015) dan menutup tirainya di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 6 September 2015.

Barisan artis yang akan membuat persembahan ialah kumpulan Bittersweet, Massacre Conspiracy, Tres Empre, Love Me Butch, Plague of Happiness dan Dragon Red. Selain kemunculan artis seperti Pretty Ugly, Bil Musa, Hazama dan Misgiven turut terlibat dalam persembahan ini.

RAKU menampilkan keunikan dengan memenuhi citarasa muzik tempatan melalui isi kandungan yang dihasilkan sendiri oleh pengguna.

Dalam erti kata lain, pengguna boleh menyusun lagu-lagu kegemaran mereka mengikut kepada genre pilihan masing masing dan mendengarnya kembali pada waktu-waktu yang dingini.

Pada masa yang sama, RAKU turut berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menyiarkan persembahan-persembahan muzik secara langsung terus ke peranti pintar atau komputer melalui kaedah penstriman secara langsung (live streaming).

Selain itu, RAKU juga bekerjasama dengan lokasi-lokasi yang menawarkan pesembahan muzik secara langsung seperti Backyard, Laundry, Rootz dan No Black Tie bagi membolehkan penstriman secara langsung dengan objektif utama untuk mengenengahkan artis tempatan kepda umum.

Pada masa yang sama, matlamatnya adalah untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira lokasi menikmati pengalaman muzik yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Christian Thrane berkata, RAKU menawarkan sesuatu yang unik untuk pelanggan dengan menggabungkan beberapa artis antarabangsa dan tempatan.

“Justeru itu, di atas faktor ini jugalah kami melihat kolaborasi di antara Digi dan Astro mempunyai potensi besar untuk memartabatkan industri muzik melalui platform baru dan pada masa yang sama menawarkan keunikan apabila menawarkan perkhidmatan ini melalui penstriman digital,” katanya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan