Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Raja Muda Perlis tiba di Sabah

Tuanku Faizudin beramah mesra dengan Sukarti (tiga dari kanan)
dan Nor Rizan(tiga dari kiri).

KOTA KINABALU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Sabah bermula 24 Mei sehingga 27 Mei ini.

Ketibaan baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tengahari tadi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din serta pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.

Tuanku Syed Faizudin dijangka akan melawat pos-pos kawalan Ops Pasir di sekitar pulau-pulau di Kudat./Penerangan-

Selamat Datang… Tuanku Faizudin bersalaman dengan pegawai
kerajaan yang hadir.

Komen


Berita Berkaitan