Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Raja Muda Perlis lawat Bum Bum dan Semporna

Tuanku Syed Faizuddin bersama Jaujan selepas menghadiri Program Titian Kasih di SMK Pulau Bum-Bum.
Tuanku Syed Faizuddin bersama Jaujan selepas menghadiri Program Titian Kasih di SMK Pulau Bum-Bum.

SEMPORNA: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Semporna bermula kelmarin hingga 1 Julai.

Tuanku Syed Faizuddin dan rombongan telah melawat Pulau Bum-Bum dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Dato’ Haji Jaujan Haji Sambakong.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan menghadiri Proram Titian Kasih di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bum-Bum, Merasmi Masjid Kampung Egang-Egang Melanu, persembahan Bungkusan Raya kepada pasukan keselamatan di Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Pom-Pom, Pulau Siamil.

Raja Muda Perlis juga berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Pangkalan KD Sri Semporna. Pada Rabu (1 Julai 2015), Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan menghadiri Program Titian Kasih di SMK Abdullah II dan SMK Bugaya II, Semporna.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan