Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Raja Muda Perlis hadir Titian Kasih

 Jaujan (dua dari kanan) dan Dr.Chaho (kanan) bersama Tuanku Syed Faizuddin semasa menghadiri perasmian masjid.
Jaujan (dua dari kanan) dan Dr.Chaho (kanan) bersama Tuanku Syed Faizuddin semasa menghadiri perasmian masjid.

SEMPORNA: RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan menghadiri Program Titian Kasih 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdullah II,  Semporna hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Mengiringi Tuanku Syed Faizuddin ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Dato’ Haji Jaujan Haji Sambakong dan Pegawai Daerah Semporna, Dr Haji Chaho Haji Bula, Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Puan Umai Salama Haji Abd.Karim dan pemimpin masyarakat setempat.

Kelmarin, Tuanku Syed Fauzuddin turut menghadiri program yang sama di SMK Pulau Bum-Bum. Merasmi Masjid Kampung Egang-Egang Melanu, persembahan Bungkusan Raya kepada pasukan keselamatan di Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Pom-Pom, Pulau Siamil.

Raja Muda Perlis juga berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Pangkalan KD Sri Semporna.

Tuanku Syed Faizuddin telah mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Semporna bermula 29  Jun hingga 1 Julai.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan