Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Raja Muda Perlis Berbuka Puasa Bersama Anggota Briged Sabah PGA

rajabukapuasa

KOTA KINABALU:  Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berbuka puasa dengan anggota Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) di markas briged itu di sini malam tadi.

Ketibaan baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Komander Briged SAC Kamarul Bahrin Mohamad.

Syed Faizuddin yang juga Komander Kehormat Rejimen 504 Askar Wataniah adalah dalam rangka lawatan kerja ‘Op Pasir’ di kepulauan utara Sabah serta program ‘Titian Kasih’ dalam kawasan Parlimen Kudat bermula Rabu dan berakhir hari ini.

Baginda turut menyumbangkan kuih raya kepada anggota dan sumbangan wang kepada Persatuan Kebajikan Perempuan (Perkep) briged itu dan anak-anak yatim.

Di majlis itu, Syed Faizuddin menasihati anggota pasukan keselamatan supaya mengambil tahu setiap perkembangan yang berlaku khusus berkaitan kselamatan negara.

“Adalah menjadi tanggungjawab tuan-tuan bagi memastikan negara berada dalam suasana aman dan selamat namun kepekaan terhadap isu-isu semasa dapat membantu tuan-tuan menunaikan amanah serta membuktikan peranan tuan-tuan menangani situasi tertentu secara lebih efektif,” titah baginda.

Menerusi Op Pasir, baginda melawat pos keselamatan di perairan utara Sabah.

Ia merupakan program tahunan baginda sejak 2006.

Terdahulu baginda melancarkan Promosi Makanan Perlis di Hotel Grand Borneo.

Syed Faizuddin berkata promosi itu merupakan susulan kepada pelancaran Perlis Food Trail pada 14 Julai 2012 bagi menjadikan makanan sebagai antara produk tarikan pelancong untuk mengunjungi Perlis.

Tahun lepas sebanyak 5.9 juta pelancong melawat Perlis, titah baginda.

Pada sebelah pagi, baginda berdua menyertai program Titian Kasih di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kudat I dan SMK Kudat II.

Komen


Berita Berkaitan