Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,707

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Raja Mangkat: Thailand Berkabung Selama Setahun

12:52pm 14/10/2016 Pak Roshan 523 views Global

raja

BERIKUTAN kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada Khamis, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengumumkan negara itu akan berkabung selama setahun.

Pihak istana sebelum ini mengumumkan Raja Bhumibol mangkat pada usia 88 tahun, pukul 3.52 petang waktu tempatan (bersamaan 4.52 petang waktu Malaysia) di Hospital Siriraj, Bangkok.

Tempoh berkabung itu akan bermula hari ini iaitu 14 Oktober.

Bendera Thailand turut dikibarkan separuh tiang selama 30 hari dan  tiada majlis keraian kerajaan boleh diadakan dalam tempoh 3o hari itu.

Sementara, pegawai kerajaan pula dikehendaki memakai baju hitam sepanjang tempoh berkabung.

Bhumibol merupakan raja paling lama memerintah di dunia dan sangat dimuliakan rakyat, iaitu 70 tahun setelah menggantikan kakandanya, Raja Ananda Mahidol pada 9 Julai 1946.

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn pula dijangka menaiki takhta tetapi diminta untuk menangguhkanya sementara waktu sebelum mengambil alih peranan itu. –  mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan