Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Raime sambut baik pengubahsuaian Bajet 2016

7:03pm 03/02/2016 Ann Vivien 20 views Isu Semasa,Tempatan
 Raime (kanan) menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada Guru Besar SJKC Chi Vun, Wong Chun pada majlis itu.

Raime (kanan) menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada Guru Besar SJKC Chi Vun, Wong Chun pada majlis itu.

TENOM: Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi, sambut baik pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Menurutnya, bajet itu bersifat menyeluruh iaitu tidak hanya kepada masyarakat di luar bandar malah menyentuh golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Rakyat tahu berkaitan dengan kemerosotan ekonomi global justeru kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan kedudukan ekonomi negara juga kukuh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Angpau dan Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2015 di SJKC Chi Vun, pada Isnin.

Jelas Raime, bajet itu dilihat merangkumi banyak aspek seperti kerajaan mengekalkan program pemberian biasiswa melalui JPA, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program MyBeras diperkenalkan, gaji penjawat awam dikekalkan dan pembinaan UTC di kawasan pedalaman Sabah iaitu di daerah Keningau.

“Ini menunjukkan kerajaan mengambil kira senario ekonomi semasa yang tidak menentu dan mendahulukan keperluan serta kebajikan rakyat. “Saya mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas keperhatinannya dalam mendengar denyut nadi rakyat,” katanya.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan