Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rahsia pengemis ‘kudung’ terbongkar

9:11am 16/11/2015 Pak Roshan 4793 views Global
TIGA gambar menunjukkan pengemis itu kudung kaki kiri (kanan), kaki yang disembunyikan di dalam seluar (tengah) dan pengemis itu dengan kedua-dua kakinya. - Sindonews.com

TIGA gambar menunjukkan pengemis itu kudung kaki kiri (kanan), kaki yang disembunyikan di dalam seluar (tengah) dan pengemis itu dengan kedua-dua kakinya. – Sindonews.com

Jakarta: Seorang pemuda yang berpura-pura kudung sebelah kaki ditahan pegawai jabatan kebajikan masyarakat bandar raya ini atas tuduhan menipu orang ramai selepas ditangkap mengemis.

Ketua jabatan berkenaan Chaidir memberitahu wartawan, lelaki itu Aris Setianto, 27, ditangkap ketika mengemis di jalan raya di Jakarta Pusat.

Menurutnya, ketika hendak ditahan, Aris yang disangka benar-benar kudung, berlari menggunakan kedua-dua kakinya.

“Kami akhirnya berjaya menahannya,” kata Chaidir.

Lelaki itu, dalam keterangannya kepada pegawai mengaku, hasil yang diperolehnya menerusi mengemis lumayan.

“Dengan berpura-pura kudung dan mengemis, dia berupaya memperoleh sehingga Rp200,000 (RM65) sehari. Pendapatannya sebulan boleh mencecah sehingga Rp5 juta (RM1,650),” kata Chaidir.

Aris juga memberitahu pegawai, dia menjalankan kegiatan itu sejak 2008 lagi dan tidak berasa malu memandangkan pendapatannya memang lumayan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan