Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rahsia Nyamuk Suka Terbang Keliling Kepala Kita

nyammukk

JAKARTA – Nyamuk tercatat sebagai salah satu serangga yang paling banyak membawa maut dalam sejarah kerana berjaya membunuh sehingga 2 juta nyawa manusia di seluruh dunia pada setiap tahun.

Namun, tahukah anda mengapa nyamuk mempunyai kebiasaan suka sangat terbang di sekitar atas kepala manusia? Adakah si nyamuk hanya ingin menggoda manusia dengan ‘siulan’ bingitnya itu?

Jawapannya ternyata tidak. Nyamuk ada alasan tersendiri untuk selalu terbang di keliling kepala manusia. Menariknya, ia tiada hubungan pun dengan ‘percubaan’ ingin menghisap darah manusia.

Menurut Rick Pollack, pakar serangga dari Amerika Syarikat, nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.

skeeters-vi

Uniknya, hanya nyamuk betina melakukan hal aneh seperti itu. Tetapi, apabila ada nyamuk jantan yang ikut terbang di sekitar kepala anda, ia mungkin bermakna nyamuk itu sedang cuba untuk memikat nyamuk betina.

Nyamuk jantan kerap menanda lokasi “kahwin” seperti sekitar pokok, dan atas kepala manusia. Ini semua berlaku kerana nyamuk jantan ‘menari’ untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.

Kesimpulannya, semakin banyak ada hembus karbon dioksida, biarpun anda memakai topi, serban, songkok, tudung atau ketayap, pasti bahagian kepala anda jadi tumpuan banyak nyamuk menari-nari gembira. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan