Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rahsia Badan Stacy Maintain, Turun 20 Kilo Lepas Bersalin!

KATA orang lepas bersalin mesti badan akan naik… Tapi lain pula bagi penyanyi lincah di atas pentas iaitu Stacy yang kini sudah kembali slim walaupun sudah bersalin anak pertama!

Kebanyakan wanita pasati berasa ‘seram’ untuk lihat badan mereka selepas bertarung nyawa melahirkan anak. Tetapi bagi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 27, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram! 

“Semasa mengandung berat saya 70 kilogram, selepas setahun melahirkan anak, berat turun 50 kilogram. Saya mengaku pergi ke gim dan bersenam untuk turunkan berat badan,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Stacy yang merupakan isteri kepada penyanyi Akim Ahmad turut mengakui bahawa dia sering ke gimnasium bagi mendapatkan kembali berat badannya yang ideal serta ianya turut bertujuan untuk mengembalikan stamina.

Kita ketahui bahawa penyanyi lagu Aku Stacy itu merupakan seorang penyanyi lincah yang tidak boleh duduk diam di atas pentas ketika membuat persembahan.

Jadi disebabkan itu, dia perlu mendapatkan stamina yang mencukupi supaya tidak cepat berasa lebih ketika sedang menyanyi sambil menari di atas pentas.

“Selain itu, saya rasa punca berat badan turun ialah kerana saya amalkan pantang yang sebenar selepas bersalin. Cara orang sini berpantang agak tegas dan ia sangat bantu proses tersebut.

“Sebenarnya, saya bersenam bukan untuk kurus semata-mata, tapi untuk dapatkan stamina supaya mudah hendak buat persembahan nyanyian nanti,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama dia juga tidak mengamalkan sebarang rejim diet ketat yang sering dibuat oleh kebanyakan wnaita ketika ingin mendapatkan berat badan yang ideal.

Sebalinya dia hanya mengamalkan corak senaman yang konsisten dan langsung tidak mengamalkan pantang ketika sedang dalam tempoh menguruskan badan.

Malah, menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu juga mengakui bahawa dia berasa lebih bertenaga dan staminanya juga kini menjadi lebih baik berbanding sebelum mengandung dahulu.

Hasil perkahwinannya bersama dengan vokalis kumpulan Akim & The Magistret itu, mereka telah dikurniakan seroang cahaya mata perempuan yang diberi nama Eshaal.

Selian itu, mereka turut mengambil seorang anak angkat iaitu Bella, 5.

Mungkin tips yang diamalkan oleh Stacy ini boleh dijadikan contoh bagi wanita di luar sana yang inginkan berat badan ideal! – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan