Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rahman Dahlan Mahu Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Portal Berita

abndul_rahman_dahlan2_0305_2_620_412_100

PUTRAJAYA : Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal berita bagi membersihkan namanya ekoran salah faham laporan media dalam talian berkenaan.

Beliau merujuk kepada beberapa laporan disiarkan portal berita tersebut yang menyentuh isu kenaikan kadar tol dan migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar pada satu sidang media 3 Nov lepas.

Abdul Rahman pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, berkata portal berita berkenaan tidak memberi konteks sebenar di mana jawapan beliau disalah erti sehingga menyebabkan kemarahan orang ramai.

Beliau berkata firma guamannya menyerahkan surat tuntutan kepada portal berita berkenaan semalam, menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berikutan laporan yang merosakkan reputasinya.

Beliau juga menuntut agar portal berita dalam talian itu menarik balik laporan disiarkan dalam masa tujuh hari dan membuat akujanji tidak akan membuat atau menyiarkan laporan yang sama.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan