Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rahman Dahlan – Guan Eng Debat Pada 19 April

5:28pm 13/04/2016 Pak Roshan 160 views Mutakhir,Politik

Guan-Dahlan

KUALA LUMPUR – Debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijadualkan akan disiarkan secara langsung menerusi slot waktu perdana TV3 pada 19 April.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke (DAP) berkata beberapa pegawai Abdul Rahman memberitahunya bahawa mereka telah membincangkan mengenai perkara itu dengan TV3 dan menetapkan tarikh 19 April ini untuk debat diadakan.

“Kami bersetuju dengan tarikh itu tetapi menetapkan syarat bahawa debat perlu disiarkan secara langsung,” kata Loke, menyatakan bahawa TV3 telah menawarkan untuk menjadi tuan rumah kepada perbahasan itu pada slot waktu perdana di studionya, pukul 9 malam.
RTM pada asalnya menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah perbahasan itu, sebelum diminta oleh TV3 untuk menyiarkannya.

Loke yang juga Setiausaha Organisasi DAP berkata pada masa ini, beliau masih tidak dihubungi oleh TV3 dan Abdul Rahman tetapi meneruskan dengan persediaan untuk debat itu.

“Satu-satunya perkara yang kita belum bincang ialah tentang siapa yang akan menjadi moderator dan juga format perbahasan,” katanya.

Beliau menambah, sekurang-kurangnya slot masa satu jam diperlukan untuk menjawab semua soalan, sambil menambah ia akan menjadi baik jika lebih banyak masa boleh diperuntukkan.

Awal minggu ini, Guan Eng dan Abdul Rahman telah berkongsi 15 soalan debat dan Loke mahu debat ini mempunyai masa yang cukup untuk semua persoalan dijawab.

Minggu lalu, Abdul Rahman mencabar Guan Eng untuk berdebat mengenai isu tanah Taman Manggis dan dipersetujui Guan Eng dengan syarat ia diadakan secara terbuka.

Panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun, mahu debat dibatalkan kerana siasatan sedang dijalankan mengenai isu itu.

Walau bagaimanapun, Loke berkata ia adalah nasihat semata-mata beliau tidak mendengar sebarang kenyataan lanjut daripada SPRM. – The Star/mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan