Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rahman Dahlan Fail Saman Terhadap Portal Berita

5:35pm 08/12/2015 Pak Roshan 69 views Mutakhir,Nasional

abndul_rahman_dahlan2_0305_2_620_412_100

PUTRAJAYA : Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengarahkan peguamnya memulakan tindakan untuk memfailkan saman terhadap satu portal berita bertujuan untuk membersihkan namanya.

“Saya tegaskan di sini bahawa tindakan saya pada hari ini bukan untuk menyekat kebebasan media tetapi sebagai peringatan kepada portal-portal berita online supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan sesuatu berita dan tidak mengkompromi fakta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini (Selasa).

Pada 25 Nov, Abdul Rahman berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap portal berita tersebut akibat daripada tindakan memuat naik sebuah video berhubung kenyataannya berhubung migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar pada satu sidang media di Kuala Lumpur pada 3 Nov lepas.

Katanya peguam yang menyerahkan surat tuntutan bertarikh 24 Nov kepada portal berita tersebut dan juga penulisnya, menuntut antara lain supaya mereka mengeluarkan dan menerbitkan satu permohonan maaf terhadapnya akibat penerbitan video yang diedit.

Beliau juga menuntut portal berita dan penulis berkenaan supaya memberi akujanji untuk tidak menerbitkan, mengeluarkan, mencetak atau menyebabkan dicetak atau diterbitkan perkataan-perkataan atau perkara serupa yang memfitnah beliau.

“Malangnya, saya telah menerima surat balasan daripada portal berita online bertarikh 27 Nov di mana mereka gagal memberikan jawapan yang memuaskan,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan