Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rahman Dahlan Dakwa Miliki Dokumen Perjualan Tanah Taman Manggis

9:11am 24/03/2016 Pak Roshan 229 views Mutakhir,Nasional
Datuk-Abdul-Rahman-Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa beliau memiliki dua dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P) berkaitan tanah yang diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Beliau mendakwa dua dokumen itu menyatakan bagaimana tanah tersebut yang kini dimiliki sebuah syarikat swasta iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta.

“Kedua-dua S&P ini ada dalam tangan saya, yang diberikan oleh orang-orang tertentu dan dalam percubaan untuk menjual tanah ini, dua perjanjian S&P ini begitu terperinci sekali.

“Siap ada semuanya di sini yang telah menyatakan penjual meminta harga RM20 juta maknanya dia beli RM11 juta dia nak jual RM20 juta,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Rabu.

Katanya dua dokumen tersebut adalah baharu dan beliau tidak teragak-agak untuk menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

Abdul Rahman berkata berdasarkan kandungan dokumen itu, ia jelas menunjukkan bahawa KLIDC yang membeli tanah itu daripada kerajaan negeri tidak berminat untuk membangunkannya.

“Saya serahkan kepada SPRM dan pihak yang memberikan dokumen ini kepada saya kalau diperlukan untuk ditemu ramah, sudah tentu mereka juga perlu dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

Menjelas lanjut, Abdul Rahman berkata dokumen itu turut menyatakan mengenai satu pembayaran membabitkan RM17 juta yang perlu dibayar kepada empat syarikat.

Menurutnya, tanah di Taman Manggis itu seluas 4.937 ekar (1.99 hektar) diperuntukkan untuk pembinaan PPRT yang mana sebanyak 2.872 ekar (1.162 hektar) telah dibangunkan untuk projek itu, manakala selebihnya sepatutnya digunakan untuk pembangunan projek sama bagi fasa kedua.

Bagaimanapun, tanah selebihnya itu kemudiannya telah dijual kepada KLIDC yang pada awalnya bercadang untuk membina sebuah rawatan swasta sahaja namun ditukar kepada pembinaan pusat rawatan swasta berserta lot komersial.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan