Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ragut 50 nyawa, kata PBB

10:19am 16/02/2016 Pak Roshan 2 views Global

cedera

New York: Orang awam, termasuk kanak-kanak terbunuh apabila peluru berpandu membedil sekurang-kurangnya lima kemudahan perubatan dan dua sekolah di utara Syria.

Jurucakap PBB, Farhan Haq memberitahu bahawa Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon resah dengan perkembangan terbaru itu.

Serangan ke atas wilayah Aleppo dan Idlib itu dikatakan meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa, termasuk kanak-kanak.

“Serangan itu jelas sekali mencabul undang-undang antarabangsa dan merosakkan sistem bantuan perubatan serta mengekang pendidikan di Syria,” katanya.

Serangan itu merosakkan pusat perubatan Doctors Without Bordersn atau MSF, dengan sebelas dikatakan ternunuh manakala 25 lagi cedera, kata sumber pertahanan memberitahu Anadolu Agency.

Sumber tempatan pula menjelaskan bahawa jet pejuang Russia turut membedil hospital di Idlib dan pusat perubatan kanak-kanak di pekan bernama Azaz, dekat sempatan Turki. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan